18 September 2010

Seni Tali Tape

Di sini ada beberapa seni tali tape,hehe dengaq macam pelik sket tapi ni lah hakikatnya.Enjoy!


11 September 2010

Selamat Hari Raya (akustik)

Lagu lama nyanyian asal Saloma dan dinyanyikan kembali oleh Zee Avi.


بلاجر جاوي د ايجاوي

سلام.

انتري دالم توليسن جاوي ڤولاق کالي ني.

کڤد کورڠ يڠ برمينت نق بلاجر جاوي اتاوڤون تق ڤاهم اڤ يڠ اکو توليس ني بوليهله تروس ڤرݢي ک ايجاوي!

کليک سيني!

Cuba-cuba

Ada la suatu hari tu kan aku...



10 September 2010

Salam Aidilfitri!

Salam readers!
Selamat hari raya semua!

Aku just nak share satu video lagu raya yang paling best dan paling aku suka.Ianya lagu dendangan Sudirman Haji Arshad iaitu Dari Jauh Kupohon Maaf.

And lastly Selamat Hari Raya.Maaf Zahir dan Batin.Minta maaf banyak2 kalau ada salah dan silap di sepanjang aku berblogging ni.Dan jangan lupa kuih raya simpan kat aku sikit ek?Bolehkan?hehe


08 September 2010

Helah pintar tonton youtube tanpa internet

Salam.

Amacam tajuk tu?Ada curious tak?Hehe.Mestila kan?
Ini merupakan tutorial yang bijaksana dan sangat simple.So jangan sakit hati bila korang dah habes baca eh.
Ok.Aku straight tu the point je lah.



1.Mula2 anda perlu mendapatkan beberapa pelekat seperti ini :




2.Pastu bukak sticker tu camni supaya ianya boleh dilekatkan then pergi ke tv anda.Tak kira lah sama ada anda mempunyai tv biasa atau tv plasma yang widescreen tu.Tak pun yang HD ke boleh jugak selagi ianya sebuah tv yang boleh digunakan.




3.Akhir sekali, pelekat sticker tu kat hujung penjuru di sebelah kanan skrin tv anda.Rujuk gambar di bawah.Then switch on the tv.Now you can watch youtube without internet connection and slow streaming problem.
Pintar kan?




Sekian, sampai jumpa!
Thank you!








07 September 2010

Iklan Raya Di Tv

Salam.

Antara kemeriahan raya yang dapat kita lihat di tv ialah pada iklan2 nya.Ada iklan yang betul2 best dan ada yang    karut.Hehe.Dan antara yang menjadi tumpuan ialah iklan raya dari Petronas.Sebabnya iklan raya dan iklan2 lain dari Petronas banyak yang best.

Di sini aku ada dua iklan raya Petronas yang berbeza garis masanya.Yang pertama iklan untuk tahun 2001 dan yang kedua ialah iklan terbaru iaiatu untuk tahun ini,2010.Kedua-duanya mempunyai konsep yang agak sama iaitu balik kampung.Enjoy!

2001




2010




Dan untuk maklumat lanjut berkenaan dengan iklan2 dari Petronas untuk raya tahun ini bolehlah pergi ke SINI


Sekian.

06 September 2010

Ada Lift Dalam Aquarium Besar

Pernah tengok aquarium besar tak?Mungkin ada yang pernah dan ada yang tak.Aquarium besar ni kalau kat Malaysia ada dua iaitu Aquaria kat KL dan Underwater World kat Langkawi.Tapi pernah tak korang terfikir kat dalam aquarium besar tu tiba2 ja ada lift?Hehe.Semestinya lift untuk kegunaan awam yer.

Dengar macam best jer.Tapi memang betul best dan kreatif.Aquarium ni terletak di dalam sebuah hotel di Berlin,Jerman iaitu Radisson SAS Hotel yang bertaraf 5 bintang.Lupa plak nak khabar kat teman2 tengtang nama aquarium ni.Ianya dikenali sebagai AquaDom.Kat bawah ni ada beberapa gambaq berkenaan.Enjoy!

















Amacam ?Kreatif tak?betul kan.memang hebat.
Mesti korang rasa nak pi kan?Hehe.Aku rasa cenggitu gak sebenarnya.
Nanti mungkin Malaysia boleh buat satu macam ni.Baru la gempak.Boleh tarik pelancong luaq lagi ramai.Dan kita yang teringin sangat nak pi sana boleh merasa pengalaman tu di negara sendiri.Kan?

Sekian.