29 Oktober 2010

Wasiat Terakhir Paul

Salam.
Latest Update.

Ini dikatakan adalah wasiat terakhir dari Paul, sotong kurita yang dipercayai berkebolehan meramal keputusan perlawanan bola sepak.So apa pendapat korang?Kelate or Nogori?

01 Oktober 2010

Pernah Main Catur?

Salam.

Korang pernah main catur?tak tau catur tu ape?!catur tu chess lar...haa...mesti ada yang terer dan suka sangat men catur...
lagi..
pernah men chess 3D?kat komputer takpun kat henset...kan?tapi kat sini ada satu lagi chess 3D...mesti korang suka...hehe


Kolaj Potret Mona Lisa Yang Kreatif!



Lama rasanya tak mengadap laptop ni untuk mencari sesuatu untuk blog @ bloghopping.hehe.
so entri kali ni mengenai gambar2 kolaj potret monalisa yang kreatif!cuba perhatikan betul2 kolaj ni diperbuat daripada apa?kreatif kan?







18 September 2010

Seni Tali Tape

Di sini ada beberapa seni tali tape,hehe dengaq macam pelik sket tapi ni lah hakikatnya.Enjoy!


11 September 2010

Selamat Hari Raya (akustik)

Lagu lama nyanyian asal Saloma dan dinyanyikan kembali oleh Zee Avi.


بلاجر جاوي د ايجاوي

سلام.

انتري دالم توليسن جاوي ڤولاق کالي ني.

کڤد کورڠ يڠ برمينت نق بلاجر جاوي اتاوڤون تق ڤاهم اڤ يڠ اکو توليس ني بوليهله تروس ڤرݢي ک ايجاوي!

کليک سيني!

Cuba-cuba

Ada la suatu hari tu kan aku...



10 September 2010

Salam Aidilfitri!

Salam readers!
Selamat hari raya semua!

Aku just nak share satu video lagu raya yang paling best dan paling aku suka.Ianya lagu dendangan Sudirman Haji Arshad iaitu Dari Jauh Kupohon Maaf.

And lastly Selamat Hari Raya.Maaf Zahir dan Batin.Minta maaf banyak2 kalau ada salah dan silap di sepanjang aku berblogging ni.Dan jangan lupa kuih raya simpan kat aku sikit ek?Bolehkan?hehe


08 September 2010

Helah pintar tonton youtube tanpa internet

Salam.

Amacam tajuk tu?Ada curious tak?Hehe.Mestila kan?
Ini merupakan tutorial yang bijaksana dan sangat simple.So jangan sakit hati bila korang dah habes baca eh.
Ok.Aku straight tu the point je lah.



1.Mula2 anda perlu mendapatkan beberapa pelekat seperti ini :




2.Pastu bukak sticker tu camni supaya ianya boleh dilekatkan then pergi ke tv anda.Tak kira lah sama ada anda mempunyai tv biasa atau tv plasma yang widescreen tu.Tak pun yang HD ke boleh jugak selagi ianya sebuah tv yang boleh digunakan.




3.Akhir sekali, pelekat sticker tu kat hujung penjuru di sebelah kanan skrin tv anda.Rujuk gambar di bawah.Then switch on the tv.Now you can watch youtube without internet connection and slow streaming problem.
Pintar kan?




Sekian, sampai jumpa!
Thank you!








07 September 2010

Iklan Raya Di Tv

Salam.

Antara kemeriahan raya yang dapat kita lihat di tv ialah pada iklan2 nya.Ada iklan yang betul2 best dan ada yang    karut.Hehe.Dan antara yang menjadi tumpuan ialah iklan raya dari Petronas.Sebabnya iklan raya dan iklan2 lain dari Petronas banyak yang best.

Di sini aku ada dua iklan raya Petronas yang berbeza garis masanya.Yang pertama iklan untuk tahun 2001 dan yang kedua ialah iklan terbaru iaiatu untuk tahun ini,2010.Kedua-duanya mempunyai konsep yang agak sama iaitu balik kampung.Enjoy!

2001




2010




Dan untuk maklumat lanjut berkenaan dengan iklan2 dari Petronas untuk raya tahun ini bolehlah pergi ke SINI


Sekian.

06 September 2010

Ada Lift Dalam Aquarium Besar

Pernah tengok aquarium besar tak?Mungkin ada yang pernah dan ada yang tak.Aquarium besar ni kalau kat Malaysia ada dua iaitu Aquaria kat KL dan Underwater World kat Langkawi.Tapi pernah tak korang terfikir kat dalam aquarium besar tu tiba2 ja ada lift?Hehe.Semestinya lift untuk kegunaan awam yer.

Dengar macam best jer.Tapi memang betul best dan kreatif.Aquarium ni terletak di dalam sebuah hotel di Berlin,Jerman iaitu Radisson SAS Hotel yang bertaraf 5 bintang.Lupa plak nak khabar kat teman2 tengtang nama aquarium ni.Ianya dikenali sebagai AquaDom.Kat bawah ni ada beberapa gambaq berkenaan.Enjoy!

















Amacam ?Kreatif tak?betul kan.memang hebat.
Mesti korang rasa nak pi kan?Hehe.Aku rasa cenggitu gak sebenarnya.
Nanti mungkin Malaysia boleh buat satu macam ni.Baru la gempak.Boleh tarik pelancong luaq lagi ramai.Dan kita yang teringin sangat nak pi sana boleh merasa pengalaman tu di negara sendiri.Kan?

Sekian.

26 Ogos 2010

Baca Majalah 3D

Salam.

Baru-baru ini ketika aku sedang jalan-jalan di internet,aku ada la terjumpa satu laman web yang menarik (bagi aku).Nama dia 3dworld magazine.Web ni sebenarnya sebuah online magazine yang 'cover' story2 pasal 3d industry around the world.magazine ni memang menarik.tapi macam biasalah kan,mesti la kena beli.mana ada org yg buat perkhidmatan free zaman sekarang ni.hehehe

Dan yang menariknya,ada satu issue tu web ni cover pasal 3D industry di Malaysia.memang gempak habis.memang membanggakan la kita punya industri.byk expose dan interview dgn production2 3d di malaysia antaranya



Semua production di atas semuanya dah mempunyai banyak pengalaman dalam menghasilkan 3D animation.Seperti yang boleh kita lihat sekarang 3D scene ni dah mula mengambil tempat di negara kita.Dulu ada yang tau dan ramai jugak yang tak tau.Tapi sekarang kita boleh nampak macam mana animasi Upin dan Upin memainkan peranan dalam masyarakat kita.betapa animasi ni memberi kesan yang positif di samping kualiti yang memberangsangkan.dan banyak lagi yang aku dengar2 akan menyusul lepas ni.jadi kita tunggu dan lihat je lah lepas ni,ok?

Akhir kata,scene 3D kita sekarang ni membuat aku proud aka bangga dengan negara kita.

Sekian.

Salam.





14 Ogos 2010

Jalan Penyelesaian


Salam.
Selamat Membaca.

Aku semakin buntu.bukan ubuntu atau melayubuntu tapi aku yang buntu.buntu sebab memikirkan macamana aku nak update blog sebab aku hanya balek kampung 2 minggu sekali je.tak lah buntu tahap sangat tapi aku nak juga tengok earnings aku naik sikit.sebab dari dulu lagi earning ads aku tak pernah2 nak naik.sia2 la cam ni.buat kerja tapi tak dapat hasilnya,xbest la kan?

akhirnya,aku terpikiaq solution aka jalan penyelesaiannya.iaitu autopost.autopost ni ialah apabila kita buat entri dan kita tak mau post la-la tu jugak.makna kata kita nak post pada masa yang lain,masa depan.contoh dia kita tulis entri pukul tu pukul 2, tapi kita nak post pukul 2.03.ha macam tu lar.hebatkan?

hehe dengan trick ni aku berharap earnings aku naik sikit.kurang2 ada juga usaha nya.mungkin mad kamal pon boleh guna trick ni lepas ni?atau dia sememangnya sudah menggunakannya?mungkin dia boleh bg komen skit kot lepas ni.hehe.apa2 pun semoga kita semua terus cemerlang dalam bidang yang diceburi.

entri tamat.



Jalan Penyelesaian




12 Ogos 2010

Tumpahan Minyak


salam.
aku baru sudah berbuka puasa.
terus masuk ke bilik aku yang semak-samun.
di suatu sudut,aku terpandang sesuatu,iaitu minyak gamat,

tumpah.
di atas lantai.

di situ juga terdapat sebuah buku yang amat dikenali ramai,
iaitu

buku add math aku.
"Bravo!"aku berkata dalam hati.

wangi terus buku aku lepas ni!

aku take-a-look sekali lagi around bilik aku,
bersepah,

sekali lagi,bravo!!

tumpahan minyak


Semangat Merdeka


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam 1 Malaysia.

Pagi tu aku bangun waktu biasa,tengok suma orang dah bersiap.pagi ni kena pi dewan rupanya.ada perasmian bulan kemerdekaan.ya kemerdekaan.macam biasa lah,masa perasmian ni,benda yang paling best adalah bila masa kita menyanyikan lagu patriotik beramai-ramai.

Sambutan Kemerdekaan ke 53

Antara lagu yang wajib dinyanyikan ialah

  • Keranamu Malaysia
  • Jalur Gemilang
  • Tanggal 31
  • Malaysiaku Gemilang
  • 1 Malaysia

Sambil nyanyi tu sambil kita mengibarkan Jalur Gemilang kecil di tangan dan juga sambil melihat orang lain mengibarkan Jalur Gemilang masing-masing dengan pelbagai gaya.Aku pon dok tunggu lar nak menyanyikan lagu Malaysia Satu-Faizal Tahir,tapi tak dak pon.Depa tak pasang pon lagu tu.Aku kecewa la jugak.

Lagu tu memang kalau sapa dengaq tak rasa semangat,memang dia pekak la tu.Hahaha.Memang lagu tu best dan penuh bertenaga.Fuhh memang semangat habisss.

Lepas tu,lepas habes menyanyi lagu apa semua kami dihidangkan dengan sebuah video,dokumentari lebih tepat lagi,tentang sejarah kemerdekaan negara.Kalau tak salah aku video tu tajuk dia Semangat Merdeka.Memang ok la video tu.Tak lar terlalu detail nya tapi cukup untuk membuatkan aku berfikir betapa peritnya nak memerdekakan tanah tumpah darah ini.

Dan teraju utama dalam video tu ,yang dapat aku lihat ialah Tunku Abdul Rahman kerana sesungguhnya beliau adalah antara orang kuat di sebalik kemerdekaan negara ini.Dapat kita ambil iktibar dari apa yang telah termaktub dalam lipatan sejarah bahawa kerjasama,kesabaran,gigih dan sikap hormat serta bertolak-ansur memainkan peranan penting dalam hidup kita.

Betapa kita harus menghargai kemerdekaan ini,kerana amatlah susah dan perit untuk orang-orang dahulu mencapainya demi masa depan negara yang lebih terjamin,yang lebih cemerlang,gemilang, dan terbilang.Kalau mereka tak berusaha untuk mencapainya tak taulah kita macam mana hari ini.So sama-samalah kita menghargai nikmat kemerdekaan di tanah air sendiri.

Klik sini kalau korang anak merdeka yang sayangkan negara!!



Sekian.
Assalamualaikum.




11 Ogos 2010

Ramadhan Kali Ini

Assalamualaikum.

Terlalu banyak yang aku ingin kongsi kali ini ,tetapi aku memilih untuk berkongsi entri yang ini dahulu iaitu tentang kedatangan Ramadhan,bulan yang penuh kemuliaan.

Di bulan yang mulia ini umat Islam diwajibkan berpuasa sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah ayat 183,

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “


Antara perkara sunat semasa berpuasa ialah

  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan

Setelah selesai menunaikan amalan berpuasa pada siang hari,pada malamnya setelah solat Isyak, kita digalakkan melanjutkan ibadah dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat Tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di surau,madrasah ataupun masjid.Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat Tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jemaah.



Cukup dulu untuk kali ini.Bertemu lagi dalam entri seterusnya.
Esok dah nak mula puasa.Jangan buat-buat lupa pulak,ok.
Salam.



Ramadhan Kali Ini


30 Julai 2010

Mandi Sungai

Salam.

Kelmarin aku pergi tolong orang basuh rumah baru.Orang tu pulak bukan sapa2 pon tapi cikgu aku jugak.Best jugak basuh2 rumah ni.Dapat pengalaman baru.Lagipun rumah tu rumah baru so kenalah basuh dulu lepas siap apa semua kan.Tak gitu?

Lantai bahagian dalam rumah tu dibasoh dengan menggunakan acid.Bahaya wow.sebab tu lah kami kena pakai kasut bot dan sarung tangan biru tu.untuk mengelakkan dari melecur.Mula2 lantai dimop menggunakan acid lepas tu diberus-berus and lasttt sekali dibilas sampai bersih.huh.macam tutorial la pulak.huhu






Lepas tu pulak pada sebelah petangnya kami pi mandi sungai.Hai seronok betul rasanya kalau dah lama tak mandi sungai tiba2 boleh mandi balek.Sedas pon jadi lah.Rindu kat zaman kanak2 dulu terubat.Aku siap buat flip back lagi.hehe.nak cerita gak sikit.sungai tu tak lar dalam sangat tapi boleh gagah lar kata orang.tapi kalu dalam sangat pun xbes nak mandi.kan2?

ok
sampai sini je
sekian.




17 Julai 2010

Spain-Juara Piala Dunia FIFA 2010

Kehangatannya maseh terasa walaupun Piala Dunia 2010 sudah melabuhkan tirainya.Perlawanan akhir pagi Isnin hari tu menyaksikan pasukan Spain bertemu dengan Belanda.Dan seperti yang dijangkakan ramai,Spain telahpun menjadi juara.Sewaktu pelawanan akhir itu,Spain dilihat lebih banyak menguasai permaianan diawal minit perlawanan bilamana masa penuh 90 minit kedua-dua pasukan masih belum berjaya menjaringkan sebarang gol.Hanya beberapa minit sebelum masa tamat diseparuh masa kedua dalam masa tambahan, Andres Iniesta telah berjaya menyumbat gol kemenangan bagi Spain.Begitupun Belanda masih menunjukkan saingan biarpun sudah kesuntukkan masa.


Untuk Piala Dunia kali ini, beberapa pemain telah menerima anugerah:


Andres Iniesta - ‘Man of the Match’.


Iker Casillas - Penerima ‘Golden Glove’


Thomas Mueller - Penerima ‘Golden Shoe’ dan sekaligus dinobatkan sebagai Pemain Termuda Terbaik Piala Dunia 2010


Diego Forlan - ‘Best Player’


Seterusnya, Piala Dunia 2014 akan diadakan di Brazil.Negara yang telah menjuarai 5 Piala Dunia setakat ini.Siapakah pula juara Piala Dunia 2014 itu nanti?Apakah mungkin negara yang belum pernah menjuarai Piala Dunia akan menjadi juara?Atau apakah Brazil, Italy, Germany, France, Argentina akan berusaha untuk mendapatkan kembali gelaran juara pada tahun itu, sama-samalah kita nantikan kedatangnya untuk musim itu.







Sekian.Wasalam.

16 Julai 2010

Kembali kepada petak pertama!

Salam.

Akhirnya,aku membuat keputusan ini.Mula balek dari mula.Mula semula.Mula melangkah kembali.Mula menulis di platform yang baru dengan idea baru yang segar dan lebih mantap dan aku harap sangat ini semua dapat berjalan dengan lancar.

Mula dari tak mula langsung.

Ok!