11 Ogos 2010

Ramadhan Kali Ini

Assalamualaikum.

Terlalu banyak yang aku ingin kongsi kali ini ,tetapi aku memilih untuk berkongsi entri yang ini dahulu iaitu tentang kedatangan Ramadhan,bulan yang penuh kemuliaan.

Di bulan yang mulia ini umat Islam diwajibkan berpuasa sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah ayat 183,

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “


Antara perkara sunat semasa berpuasa ialah

  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan

Setelah selesai menunaikan amalan berpuasa pada siang hari,pada malamnya setelah solat Isyak, kita digalakkan melanjutkan ibadah dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat Tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di surau,madrasah ataupun masjid.Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat Tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jemaah.



Cukup dulu untuk kali ini.Bertemu lagi dalam entri seterusnya.
Esok dah nak mula puasa.Jangan buat-buat lupa pulak,ok.
Salam.



Ramadhan Kali Ini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan