12 Ogos 2010

Semangat Merdeka


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam 1 Malaysia.

Pagi tu aku bangun waktu biasa,tengok suma orang dah bersiap.pagi ni kena pi dewan rupanya.ada perasmian bulan kemerdekaan.ya kemerdekaan.macam biasa lah,masa perasmian ni,benda yang paling best adalah bila masa kita menyanyikan lagu patriotik beramai-ramai.

Sambutan Kemerdekaan ke 53

Antara lagu yang wajib dinyanyikan ialah

  • Keranamu Malaysia
  • Jalur Gemilang
  • Tanggal 31
  • Malaysiaku Gemilang
  • 1 Malaysia

Sambil nyanyi tu sambil kita mengibarkan Jalur Gemilang kecil di tangan dan juga sambil melihat orang lain mengibarkan Jalur Gemilang masing-masing dengan pelbagai gaya.Aku pon dok tunggu lar nak menyanyikan lagu Malaysia Satu-Faizal Tahir,tapi tak dak pon.Depa tak pasang pon lagu tu.Aku kecewa la jugak.

Lagu tu memang kalau sapa dengaq tak rasa semangat,memang dia pekak la tu.Hahaha.Memang lagu tu best dan penuh bertenaga.Fuhh memang semangat habisss.

Lepas tu,lepas habes menyanyi lagu apa semua kami dihidangkan dengan sebuah video,dokumentari lebih tepat lagi,tentang sejarah kemerdekaan negara.Kalau tak salah aku video tu tajuk dia Semangat Merdeka.Memang ok la video tu.Tak lar terlalu detail nya tapi cukup untuk membuatkan aku berfikir betapa peritnya nak memerdekakan tanah tumpah darah ini.

Dan teraju utama dalam video tu ,yang dapat aku lihat ialah Tunku Abdul Rahman kerana sesungguhnya beliau adalah antara orang kuat di sebalik kemerdekaan negara ini.Dapat kita ambil iktibar dari apa yang telah termaktub dalam lipatan sejarah bahawa kerjasama,kesabaran,gigih dan sikap hormat serta bertolak-ansur memainkan peranan penting dalam hidup kita.

Betapa kita harus menghargai kemerdekaan ini,kerana amatlah susah dan perit untuk orang-orang dahulu mencapainya demi masa depan negara yang lebih terjamin,yang lebih cemerlang,gemilang, dan terbilang.Kalau mereka tak berusaha untuk mencapainya tak taulah kita macam mana hari ini.So sama-samalah kita menghargai nikmat kemerdekaan di tanah air sendiri.

Klik sini kalau korang anak merdeka yang sayangkan negara!!



Sekian.
Assalamualaikum.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan