28 Oktober 2021

Pengalaman melawat ke Aquaria, KLCC (Oktober 2021)

Iqmal ajak aku ke KLCC menggunakan tren.

Jadi pagi Khamis, 21 Oktober itu kami menaiki tren dari Ara Damansara ke KLCC. Lawatan sambil belajar ini dianggotai oleh aku, Iqmal, Biha dan Nisa. Perjalanan kami mengambil kurang lebih dalam 40 minit, dengan 16 perhentian oleh tren itu, ini sebenarnya aku rujuk pada laman Moovit. Tapi masa sebenarnya diambil kurang lebih begitulah.

Tiba di KLCC orang ramai dengan kadar normal dan biasa. Hari itu hari bekerja. Aku ingat lagi tren itu mengeluarkan bunyi yang agak bingit terutama ketika melalui terowong atau jalan bawah tanah. Kebanyakan pengguna tren yang berpakaian pejabat mengenakan fon telinga, mungkin menggunakan fungsi kalis bunyi untuk menjaga pendengaran mereka daripada pencemaran bunyi oleh tren.

Kami masuk ke Suria KLCC. Kami sebenarnya tiada tempat khusus untuk dituju. Tapi sebenarnya Iqmal ada sebut mahu ke Aquaria. 

Dalam Suria KLCC aku bawa mereka ke Kinokuniya dahulu. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin nak pekena aircond dulu untuk cool down. Kemudian kami berjalan-jalan di tingkat bawah dulu. Mereka nak cari kasut sukan. Kemudian mereka ajak makan cupcake di Bisou Bake Shop yang berhadapan dengan tangga eskalator itu. Ada cupcake red velvet, blueberi dan sepotong kek coklat padu yang dipilih. Satu lagi aku tak ingat perasa apa.

Selesai makan kami turun ke bawah. Kami mencari Maybank KLCC Branch, di situ ada walkway yang akan membawa terus ke Aquaria. Kami tiba di Aquaria. Dari luar ia nampak suram dan tak menceriakan, tapi agak ramai orang di situ, terutama famili dengan anak-anak kecil, mereka ke hulu ke hilir--aku syak mereka baru selesai melihat ikan di dalam Aquaria. Kami duduk di tangga depan Aquaria. Di situ kami sedar Aquaria ini terletak di bawah KLCC. Iqmal membeli tiket Aquaria di platform Shopee. Harganya lebih murah. Ketika menunggu seller Shopee menghantar tiket masuk yang berbentuk kod QR ke emel Iqmal, kami lepak di kaki lima depan pintu masuk ke situ. Kami tertanya mengapa tiket itu dapat dijual dengan lebih murah di Shopee. Dan bagaimana sistem agen pelancongan berfungsi. Kami meneka yang ianya berkaitan.

Lama menunggu kami masuk dan ke Kenny Rogers untuk makan tengah hari. Ketika makan tiket untuk telah dihantar. Selesai di Kenny Rogers kami masuk ke Aquaria. Petugas di pintu masuk mengimbas kod QR itu dan pada paparan skrin komputernya aku lihat ia menjana satu siri nombor. 4 tiket diimbas kemudian kami dapat masuk. Ia semudah itu. Aquarium pertama apabila kami masuk ialah ikan piranha. Ia nampak seperti ikan bawal yang besar dan duduk pegun seolah terapung di dalam air.

Kemudian ada kolam-kolam kecil jenis terbuka yang menempatkan ikan-ikan kecil. Selebihnya biar gambar-gambar di bawah berbicara.

Dari depan pintu masuk.


Siap ada tulang rangka manusia kat dalam tu.

Tenang is baek.


Nyorok jumaat.






Belut elektrik Amazon yang pemalu.

Lionfish.


Aquarium silinder ni berdasarkan habitat di Tasik Kenyir.

Puffer fish aka ikan buntal. Yang ni friendly. Asyik berenang ke hulu ke hilir lepas tu timbul di permukaan air.

Ikan yu chill dalam kolam terbuka.


Lepak.


Stone fish.

Ikan Arapaima.

Ikan alligator Gar.



Memasuki kawasan aquarium besar, di mana kita melihat dari bawah aquarium itu. Di laluan yang umpama terowong dasar laut ini, kita akan berdiri di atas sejenis eskalator yang akan membawa kita melalui laluan ini dari mula sampai habis. Eskalator ini bergerak mendatar dan bukannya naik atau turun macam eskalator biasa dekat mall tu. Seperti gambar di bawah, di sebelah laluan eskalator ini ada laluan berjalan kaki juga, di mana sesiapa yang bawa kereta sorong bayi (stroller) boleh pimpin di laluan pejalan kaki itu. Basically aku rasa fungsi eskalator mendatar ini ialah untuk tak nak bagi laluan itu overcrowded.

Memasuki laluan umpama terowong dasar laut. 



Terbang.



Pameran koleksi fosil hidupan laut.


Moon jellyfish (aurelia aurita)




Kuda laut.

Kami masuk ke Aquaria pada pukul 3.30 petang dan keluar sekitar 5 petang. Lebih kurang 1 jam setengah juga di dalam. Ianya pengalaman yang best la personally bagi aku. Sebabnya aku minat kepada lautan dan ikan-ikan ni. Untuk orang-orang yang selalu layan channel binatang di Astro seperti Animal Planet, Nat Geo, Nat Geo Wild dan rancangan-rancangan yang sebegitu. Di youtube juga aku layan channel seperti BlueWorldTV (yang ni lebih kepada scuba dan cave diving) dan CoralFish12g (yang ni aku start layan lepas balik Aquaria). Dan juga untuk orang yang layan topik seperti aquascape, minat pasal ikan, biologi marin dan yang sebagainya. Memang disyorkan untuk datang melawat Aquaria untuk merasai a glimpse (sepintas lalu/sekilas) dunia lautan yang lebih besar di luar sana, untuk merasai sendiri berada dekat dengan haiwan-haiwan laut yang selama ini dikenali hanya di dalam skrin tv atau komputer. Datang dan rasai sendiri pengalaman ni dan jangan lupa bawa sekali orang-orang tersayang.

Okay itu saja celoteh untuk post kali ini. Terima kasih kerana membaca.