Memaparkan catatan dengan label ulasan filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ulasan filem. Papar semua catatan

12 April 2017

Reviu Sejengkal: Kong Skull Island, Raksasa Sebenar Dalam Diri Manusia

Ok, ok, ok.

Kong Skull Island. Apa yang menarik tentang filem ni? Korang dah tengok? Hrmm, kat mana nak mulakan ya.

Ok, selepas Godzilla (2014), kini Hollywood reboot pula filem Kong, mawas gergasi sebab hollywood dan reboot berpisah tiada, kan. Kali terakhir Kong keluar di layar lebar ialah pada 2005, dan ada Jack Black dan ada scene seorang perempuan (heroin cerita tu) menari depan Kong macam patung kotak muzik, scene kong lawan t-rex (woot woot), dan scene lintah gergasi ngap kepala orang (ewww).

Masa zaman tu, aku kayuh basikal pi pekan untuk beli cd kong dan pertama kali aku beli cd berharga rm6 selalunya rm5 ja, sebab ada 3 cd cerita kong ni dan durasi filem ni ialah 3 jam lebih. Feh betoi. Punya la best masa tu.

Lawa betul poster ni.

Enough dengan sejarah.

Kong Skull Island mula dengan mendatar la bagi aku dan bergaya pop corn sekali. Dah separuh cerita berjalan baru aku perasan, la sekejap nya cerita ni, macam laju pulak. Sekumpulan saintis dan askar dan fotographer amatur dan seorang mamat wildlife advencer telah melakukan satu survey job untuk mapping sebuah pulau baru yang tak pernah diteroka manusia. Ok bla bla bla, sinopsis baca sendiri dekat wikipedia.

Permulaan cerita mengingatkan aku pada permulaan Anacondas: The Hunt for the Blood Orchid (2004). Scientist cari orang untuk masuk ke hutan dan buat semua persediaan cuma dalam Skull Island lebih berat ke gaya militari sebab depa bergerak naik helikopter askar yang baru lepas berperang.

Tom Hiddleston (Loki) aku lihat membawa gaya yang hampir sama seperti dalam siri mini The Night Manager (2016) dengan gaya bersahaja dan macho dan pandai membuat keputusan dan tindakan. Dan bajunya sepanjang filem ni bersih dan sentiasa nampak baru kot, kamon la. Realistik la sikit please.

Ada puak asli yang tinggal di pulau tu, tapi dalam filem ni ditunjukkan puak asli tu macam tak ada function sangat just sebagai latar. Dan juga mamat geologist berkulit gelap tu (yang juga hero 24 legacy) dan minah asia putih tu pun macam takda function sangat. Mungkin untuk elemen diversiti saja?

Dari mula filem ni aku tak tau nak rooting untuk sapa. Untuk loki? Dia tak ditunjukkan banyak sangat di permulaan, lebih menyerlah bila dekat hujung. POV filem ni agak kabur. Yang paling jelas ialah Kong, sebab well dia yang paling besar. Aku sebenarnya rooting untuk Brie (fotographer) sebab dia kiut. Hu hu.

Antara scene yang baik ialah scene dalam hutan buluh kemudian diserang labah-labah. Fehhh, yang tu memang tak expect la. Sebab kita tak nampak kaki labah-labah tu yang sebesar buluh cuma dan labah-labah tu berdiri betul-betul atas pasukan askar tu. Jadi meman cuak la bila tak nampak benda yang menyerang kita. 

Satu lagi yang menarik ialah rekaan watak monster dalam filem ni agak bagus dan yang paling menonjol ialah tak lain tak bukan watak Skullcrawlers. Bentuk dia memang mantap dengan wajah mengerikan dan lidah yang liar, memang nampak macam pemangsa. Masa scene di tempat tulang parent kong tu, lepas tu Skullcrawlers ni makan brader kamera dan flash kamera tu menyala dalam badan dia aku ingatkan memang badan dia boleh menyala, tapi rupanya flash kamera. Scene tu agak okay la tapi aksinya nampak tak menjadi dan murah. Badannya nampak tulang-temulang yang timbul dirangka, nampak mengerikan. Tak macam rekaan MUTO dalam Godzilla (2014) yang nampak macam mainan kanak-kanak bila beli hepi meal. Huhu. Tapi rekaan badan Godzilla ok pastu bila dia nak sembur api biru duri-duri dia turut menyala juga, fehhh memang terbaik kata boboiboy.

Skullcrawlers digambarkan naik dari masa ke semasa dari sebuah lubang di pulau itu dan kong penjaga yang akan melawannya. Bila fikir balik ini macam plot filem Pacific Rim (2013).

"Alamak, besarnya kerbau. Sembelih buat gulai sodap ni..."

Turning point dalam filem ni ialah bila Samuel Jackson (Nick Fury) selaku ketua squadron askar bertegas nak bunuh Kong demi nak balas dendam atas kematian anak buahnya. Lepas helikopter diserang Kong semasa mereka datang ke pulau ni, rombongan survey job ni terbahagi kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan (saintis) mendapat penerangan tentang fungsi Kong di pulau ini oleh brader veteran perang tu, dan sau lagi kumpulan (askar) tidak mendapat tahu tentang itu. Ini menimbulkan konflik. Lieutenant Colonel Preston Packard menunjukkan sisi gelap manusia bila dia menurut naluri dendamnya dan ingin memusnahkan Kong tanpa mengetahui perbuatan itu mungkin akan mencetuskan masalah yang lebih besar iaitu gangguan rantaian alam. Jika Kong berjaya dimusnahkan, Skullcrawlers mungkin akan keluar dari pulau itu dan menuju ke tempat populasi manusia dan menyebabkan masalah lebih dahsyat.

Hubungan Kong dan heroin, Brie turut ditampilkan tapi tak dapat lawan King Kong (2005). Dalam skull island hubungan tu nampak cetek. Scene kong genggam heroin sambil lawan juga turut ada dalam ni, sebab apa la cerita kong tanpa scene macam tu.

Ok macam panjang pulak reviu kali ni.

Dalam filem ni juga digambarkan di pulau itu ada banyak monster yang lain. Ini mungkin hint untuk dunia sinematik yang lebih besar iaitu the upcoming MonsterVerse dan juga ada dialog yang mengatakan dalam dunia ni ada banyak lagi monster (lebih kurang gitu la ayat dia). Dan juga macam sebuah tradisi untuk memulakan dunia sinematik mestilah kena letak post credit scene (suck it marvel!), filem ni ada post credit scene. Dan juga satu benda lagi sebelum terlupa, ialah syarikat yang terlibat dalam dua filem awal MonsterVerse ini (satu lagi ialah  Godzilla 2014), iaitu Monarch. Bagi aku matlamat penubuhan syarikat ni masih kabur begitu juga kewujudannya. Yang diketahui setakat ini, Monarch ialah sebuah agensi rahsia kerajaan yang menumpukan pengkajian makhluk gergasi purba dan tentunya bukan itu sahaja agendanya. Jeng jeng jeng. Mungkin dalam filem seterusnya kita akan dapat gambaran yang lebih konkrit.

Sekian sahaja reviu sejengkal yang dah lebih sejengkal ni. Aku tinggalkan dengan post credit scene Kong Skull Island. Enjois.

Amaran: Jangan rakam dalam pawagam kecuali atas kebenaran penerbit filem.

08 April 2017

Reviu Filem Versi Sejengkal: One Day (2016) Sebuah romkom dari Thailand

Selamat sejahtera.

Hari ni aku tengok filem One Day ni jadi aku akan reviu sikit (reviu sejengkal).


Sinopsis

Jangan risau aku bagi yang percuma spoiler.

Cerita mengisahkan tentang seorang mamat loser IT department di sebuah syarikat, yang selalu orang tak perasan kehadiran dan kewujudannya. Lepas tu dia tangkap angau (jatuh cinta) dengan seorang makwe cun dekat syarikat dia ni, dan kebetulan perempuan tu pulak kekasih gelap bos mereka berdua. Semua staf syarikat mereka dibawa bercuti ke Hokkaido untuk main ski dan salji. Akibat tertekan dengan hubungan sulitnya makwe cun tu telah melalui satu insiden yang menyebabkan dia hilang ingatan tapi untuk satu hari sahaja. Yes, just for one day. Kemudian mamat loser IT ni pun telah mengaku yang dia boifren perempuan ni dekat perempuan ni yang tengah pening-pening lagi gitu untuk hari tu kat situ, yang hanya tinggal mereka berdua sebab staf syarikat yang lain semua dah balik. Lalu berlakulah momen-momen magikal yang indah...

Secara ringkasnya begitulah kisahnya.

Dari segi teknikal filem ni memang cemerlang banyaklah. Aku perasan dalam 11 minit awal, filem ni dah bagitahu backstory watak utama dia apa semua, dan kita faham dari awal lagi, apa masalah yang melanda watak utamanya dan yang lebih penting filem ni bagitahu apa yang filem ini sendiri nak.Maksudnya meletakkan tujuan lah. Kalau nak banding dengan filem kita, kebanyakannya atau ada yang bagitahu apa yang filem tu nak tapi tak jelas dan penonton kena cari sendiri. Tapi dalam One Day benda tu memang dah nyata jelas.

Seterusnya ialah dalam babak-babak awal ni ada juga yang penonton tak perasan penting, tapi akan dijelaskan semula dekat hujung nanti. Contohnya mamat loser IT tu sebenarnya dah stalk makwe cun ni hari-hari dekat pejabat dan kedengaran agak creepy la. Tapi benda ni tak ditonjolkan sangat tapi membantu penceritaan bila dijelaskan balik.

Penggunaan objek dan juga kejadian yang menjadi simbolik dan metafora juga membantu penceritaan dan memang banyak sangat yang digunakan dalam cerita. Antaranya figura patung kecil yang makwe tu kumpul, peta Hokkaido yang dicop setem, rakaman video dan gambar, lagu-lagu yang perempuan tu dengar tapi tak tau tajuk. Contoh kejadian pula ialah bila jentera korek (excavator) meruntuhkan arca ais istana. Feh yang tu simbolik dia feeling kemain. Disebabkan cerita filem ni berkait dengan kehilangan memori penggunaan simbolik-simbolik ni membantu untuk watak mengingati kembali, dan in real life juga hal-hal kecil yang berlaku dalam seharian tu lah yang menjadikan memori kita istimewa. Ini menambahkan rencah romantik la dalam filem ni.

Ok. Salah satu elemen yang paling menjadikan cerita ni tangkap cintan ialah skor muzik filem ni. Feh feeling jugak. Dari awal aku dah perasan cerita ni memang macam satu iklan komersial yang panjang dan ada hanya dua tiga part yang agak snooze fest inducing tapi tak ketara sangat la. Dan skor muzik ni semakin lama aku dengar aku perasan ianya bunyi lebih kurang macam skor muzik filem-filem Studio Ghibli yang syahdu tapi comel-comel gitu. Memang mengena dan accompany penceritaan. Kalau dengar dengan headphone JBL ni memang padu bebz.

Yang tu ja lah yang aku nak ceritakan. Filem ni boleh dikatakan nak saing-saing dengan level 500 Days Of Summer dari barat.

Sebenarnya kalau nak cari romkom yang bagus memang aku harapkan dari Thailand. Aku dah tengok yang ATM (2012) tu dengan yang Heart Attack (2015), dan setakat ni aku lebih suka One Day ni.

Ok sekian. Nikmati trailernya di bawah.