08 April 2017

Reviu Filem Versi Sejengkal: One Day (2016) Sebuah romkom dari Thailand

Selamat sejahtera.

Hari ni aku tengok filem One Day ni jadi aku akan reviu sikit (reviu sejengkal).


Sinopsis

Jangan risau aku bagi yang percuma spoiler.

Cerita mengisahkan tentang seorang mamat loser IT department di sebuah syarikat, yang selalu orang tak perasan kehadiran dan kewujudannya. Lepas tu dia tangkap angau (jatuh cinta) dengan seorang makwe cun dekat syarikat dia ni, dan kebetulan perempuan tu pulak kekasih gelap bos mereka berdua. Semua staf syarikat mereka dibawa bercuti ke Hokkaido untuk main ski dan salji. Akibat tertekan dengan hubungan sulitnya makwe cun tu telah melalui satu insiden yang menyebabkan dia hilang ingatan tapi untuk satu hari sahaja. Yes, just for one day. Kemudian mamat loser IT ni pun telah mengaku yang dia boifren perempuan ni dekat perempuan ni yang tengah pening-pening lagi gitu untuk hari tu kat situ, yang hanya tinggal mereka berdua sebab staf syarikat yang lain semua dah balik. Lalu berlakulah momen-momen magikal yang indah...

Secara ringkasnya begitulah kisahnya.

Dari segi teknikal filem ni memang cemerlang banyaklah. Aku perasan dalam 11 minit awal, filem ni dah bagitahu backstory watak utama dia apa semua, dan kita faham dari awal lagi, apa masalah yang melanda watak utamanya dan yang lebih penting filem ni bagitahu apa yang filem ini sendiri nak.Maksudnya meletakkan tujuan lah. Kalau nak banding dengan filem kita, kebanyakannya atau ada yang bagitahu apa yang filem tu nak tapi tak jelas dan penonton kena cari sendiri. Tapi dalam One Day benda tu memang dah nyata jelas.

Seterusnya ialah dalam babak-babak awal ni ada juga yang penonton tak perasan penting, tapi akan dijelaskan semula dekat hujung nanti. Contohnya mamat loser IT tu sebenarnya dah stalk makwe cun ni hari-hari dekat pejabat dan kedengaran agak creepy la. Tapi benda ni tak ditonjolkan sangat tapi membantu penceritaan bila dijelaskan balik.

Penggunaan objek dan juga kejadian yang menjadi simbolik dan metafora juga membantu penceritaan dan memang banyak sangat yang digunakan dalam cerita. Antaranya figura patung kecil yang makwe tu kumpul, peta Hokkaido yang dicop setem, rakaman video dan gambar, lagu-lagu yang perempuan tu dengar tapi tak tau tajuk. Contoh kejadian pula ialah bila jentera korek (excavator) meruntuhkan arca ais istana. Feh yang tu simbolik dia feeling kemain. Disebabkan cerita filem ni berkait dengan kehilangan memori penggunaan simbolik-simbolik ni membantu untuk watak mengingati kembali, dan in real life juga hal-hal kecil yang berlaku dalam seharian tu lah yang menjadikan memori kita istimewa. Ini menambahkan rencah romantik la dalam filem ni.

Ok. Salah satu elemen yang paling menjadikan cerita ni tangkap cintan ialah skor muzik filem ni. Feh feeling jugak. Dari awal aku dah perasan cerita ni memang macam satu iklan komersial yang panjang dan ada hanya dua tiga part yang agak snooze fest inducing tapi tak ketara sangat la. Dan skor muzik ni semakin lama aku dengar aku perasan ianya bunyi lebih kurang macam skor muzik filem-filem Studio Ghibli yang syahdu tapi comel-comel gitu. Memang mengena dan accompany penceritaan. Kalau dengar dengan headphone JBL ni memang padu bebz.

Yang tu ja lah yang aku nak ceritakan. Filem ni boleh dikatakan nak saing-saing dengan level 500 Days Of Summer dari barat.

Sebenarnya kalau nak cari romkom yang bagus memang aku harapkan dari Thailand. Aku dah tengok yang ATM (2012) tu dengan yang Heart Attack (2015), dan setakat ni aku lebih suka One Day ni.

Ok sekian. Nikmati trailernya di bawah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan