26 Ogos 2010

Baca Majalah 3D

Salam.

Baru-baru ini ketika aku sedang jalan-jalan di internet,aku ada la terjumpa satu laman web yang menarik (bagi aku).Nama dia 3dworld magazine.Web ni sebenarnya sebuah online magazine yang 'cover' story2 pasal 3d industry around the world.magazine ni memang menarik.tapi macam biasalah kan,mesti la kena beli.mana ada org yg buat perkhidmatan free zaman sekarang ni.hehehe

Dan yang menariknya,ada satu issue tu web ni cover pasal 3D industry di Malaysia.memang gempak habis.memang membanggakan la kita punya industri.byk expose dan interview dgn production2 3d di malaysia antaranya



Semua production di atas semuanya dah mempunyai banyak pengalaman dalam menghasilkan 3D animation.Seperti yang boleh kita lihat sekarang 3D scene ni dah mula mengambil tempat di negara kita.Dulu ada yang tau dan ramai jugak yang tak tau.Tapi sekarang kita boleh nampak macam mana animasi Upin dan Upin memainkan peranan dalam masyarakat kita.betapa animasi ni memberi kesan yang positif di samping kualiti yang memberangsangkan.dan banyak lagi yang aku dengar2 akan menyusul lepas ni.jadi kita tunggu dan lihat je lah lepas ni,ok?

Akhir kata,scene 3D kita sekarang ni membuat aku proud aka bangga dengan negara kita.

Sekian.

Salam.





14 Ogos 2010

Jalan Penyelesaian


Salam.
Selamat Membaca.

Aku semakin buntu.bukan ubuntu atau melayubuntu tapi aku yang buntu.buntu sebab memikirkan macamana aku nak update blog sebab aku hanya balek kampung 2 minggu sekali je.tak lah buntu tahap sangat tapi aku nak juga tengok earnings aku naik sikit.sebab dari dulu lagi earning ads aku tak pernah2 nak naik.sia2 la cam ni.buat kerja tapi tak dapat hasilnya,xbest la kan?

akhirnya,aku terpikiaq solution aka jalan penyelesaiannya.iaitu autopost.autopost ni ialah apabila kita buat entri dan kita tak mau post la-la tu jugak.makna kata kita nak post pada masa yang lain,masa depan.contoh dia kita tulis entri pukul tu pukul 2, tapi kita nak post pukul 2.03.ha macam tu lar.hebatkan?

hehe dengan trick ni aku berharap earnings aku naik sikit.kurang2 ada juga usaha nya.mungkin mad kamal pon boleh guna trick ni lepas ni?atau dia sememangnya sudah menggunakannya?mungkin dia boleh bg komen skit kot lepas ni.hehe.apa2 pun semoga kita semua terus cemerlang dalam bidang yang diceburi.

entri tamat.



Jalan Penyelesaian




12 Ogos 2010

Tumpahan Minyak


salam.
aku baru sudah berbuka puasa.
terus masuk ke bilik aku yang semak-samun.
di suatu sudut,aku terpandang sesuatu,iaitu minyak gamat,

tumpah.
di atas lantai.

di situ juga terdapat sebuah buku yang amat dikenali ramai,
iaitu

buku add math aku.
"Bravo!"aku berkata dalam hati.

wangi terus buku aku lepas ni!

aku take-a-look sekali lagi around bilik aku,
bersepah,

sekali lagi,bravo!!

tumpahan minyak


Semangat Merdeka


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam 1 Malaysia.

Pagi tu aku bangun waktu biasa,tengok suma orang dah bersiap.pagi ni kena pi dewan rupanya.ada perasmian bulan kemerdekaan.ya kemerdekaan.macam biasa lah,masa perasmian ni,benda yang paling best adalah bila masa kita menyanyikan lagu patriotik beramai-ramai.

Sambutan Kemerdekaan ke 53

Antara lagu yang wajib dinyanyikan ialah

  • Keranamu Malaysia
  • Jalur Gemilang
  • Tanggal 31
  • Malaysiaku Gemilang
  • 1 Malaysia

Sambil nyanyi tu sambil kita mengibarkan Jalur Gemilang kecil di tangan dan juga sambil melihat orang lain mengibarkan Jalur Gemilang masing-masing dengan pelbagai gaya.Aku pon dok tunggu lar nak menyanyikan lagu Malaysia Satu-Faizal Tahir,tapi tak dak pon.Depa tak pasang pon lagu tu.Aku kecewa la jugak.

Lagu tu memang kalau sapa dengaq tak rasa semangat,memang dia pekak la tu.Hahaha.Memang lagu tu best dan penuh bertenaga.Fuhh memang semangat habisss.

Lepas tu,lepas habes menyanyi lagu apa semua kami dihidangkan dengan sebuah video,dokumentari lebih tepat lagi,tentang sejarah kemerdekaan negara.Kalau tak salah aku video tu tajuk dia Semangat Merdeka.Memang ok la video tu.Tak lar terlalu detail nya tapi cukup untuk membuatkan aku berfikir betapa peritnya nak memerdekakan tanah tumpah darah ini.

Dan teraju utama dalam video tu ,yang dapat aku lihat ialah Tunku Abdul Rahman kerana sesungguhnya beliau adalah antara orang kuat di sebalik kemerdekaan negara ini.Dapat kita ambil iktibar dari apa yang telah termaktub dalam lipatan sejarah bahawa kerjasama,kesabaran,gigih dan sikap hormat serta bertolak-ansur memainkan peranan penting dalam hidup kita.

Betapa kita harus menghargai kemerdekaan ini,kerana amatlah susah dan perit untuk orang-orang dahulu mencapainya demi masa depan negara yang lebih terjamin,yang lebih cemerlang,gemilang, dan terbilang.Kalau mereka tak berusaha untuk mencapainya tak taulah kita macam mana hari ini.So sama-samalah kita menghargai nikmat kemerdekaan di tanah air sendiri.

Klik sini kalau korang anak merdeka yang sayangkan negara!!



Sekian.
Assalamualaikum.




11 Ogos 2010

Ramadhan Kali Ini

Assalamualaikum.

Terlalu banyak yang aku ingin kongsi kali ini ,tetapi aku memilih untuk berkongsi entri yang ini dahulu iaitu tentang kedatangan Ramadhan,bulan yang penuh kemuliaan.

Di bulan yang mulia ini umat Islam diwajibkan berpuasa sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah ayat 183,

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “


Antara perkara sunat semasa berpuasa ialah

  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan

Setelah selesai menunaikan amalan berpuasa pada siang hari,pada malamnya setelah solat Isyak, kita digalakkan melanjutkan ibadah dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat Tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di surau,madrasah ataupun masjid.Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat Tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jemaah.



Cukup dulu untuk kali ini.Bertemu lagi dalam entri seterusnya.
Esok dah nak mula puasa.Jangan buat-buat lupa pulak,ok.
Salam.



Ramadhan Kali Ini