06 April 2017

Percutian Bajet Secara Backpackers Ke Pulau Kapas 2017

Salam sejahtera.

Kali ni aku akan cerita tentang trip aku pergi bercuti dengan kawan-kawan seramai 8 orang termasuk aku ke sebuah pulau yang agak terkenal di Terengganu iaitu Pulau Kapas. Wooohooo!

Acara ini telah berlangsung pada 31 Mac 2017 hingga 1 April 2017. Jumaat dan Sabtu.

Ok sebelum semuanya bermula, kami plan dulu trip kami ni untuk membuat bajet duit. So benda pertama yang aku kena beli ialah sleeping bag sebab kat sana kami nak tidur di camp site dan tak mau sewa khemah.

Jadi aku pun belilah sleeping bag bukan satu tapi empat. Ini kerana member-member aku yang akan turut ke sana kirimkan kat aku suruh beli sekali. Masa ni pun dah last minit aku pi beli. Kalau tidak aku cadang nak beli kat lazada ja.

Aku rasa kalau aku cerita guna timeline lebih senang kot. 


Khamis (malam) 30 Mac 2017

Aku, Acap dan Yeng keluar pergi beli barang makanan untuk trip ni. Kami ke mydin beli ayam mentah, sosej, roti gardenia, megi, sardin, dan sos. Selain di mydin kami beli juga arang dan jaring untuk bbq (padahal dekat campsite  di pulau kapas dah ada tempat untuk bbq). Balik rumah tu, acap perap ayam untuk bbq esok.


Jumaat (pagi) 31 Mac 2017

Kami kemas barang apa yang patut. Member-member aku ni bawak depa punya snorkeling set, kaki itik, dan life jacket. Ini memudahkan bila kat sana nanti kalau ko nak snorkeling lama-lama. Kat pulau sana ada menyediakan perkhidmatan sewa benda-benda ni semua, tapi kami nak cut cost bajet kan, maklumlah student lagi. Kalau ngko jenis kaki travel-island hopping-dan-snorkeling abang syorkan ko beli set snorkeling ni satu. Bukan apa nanti mudah. Baik hang pi usyar kat sini.


Jumaat (tengah hari)

Kami bertolak ke Marang dan solat di sana.


Jumaat (2 petang)

Kami berkumpul di rumah Kamal di marang. Semak semua barang-barang yang nak di bawa. Lepas setel kami ke jeti. Jeti tempat kami naik bot tu sebenarnya ialah jeti tempat nelayan bukan pelancongan yang biasa. Sebabnya kami naik bot bos member aku. Hehe, rare sikit.

Perjalanan dari jeti ke Pulau Kapas mengambil masa kurang lebih dalam 30 minit. Cuaca baik hari tu dan perjalanan kami lancar dengan pemandangan indah yang terang benderang.

Sampai di Pulau Kapas kami terus daftar masuk ke campsite kami iaitu campsite Harmony. Campsite ni kecil dan rileks ja dan masa kami sampai tu ada satu grup famili malaysian yang share dengan kami dan diorang semua tidur khemah yang biasa tu. Campsite ni ada tempat mandi, tandas, surau, pantri, dan tempat makan. Bayaran yang dikenakan untuk menyewa di campsite ni rm10 seorang untuk satu malam. Kalau menyewa sekali dengan khemah rm15 rasanya. Tapi kami bawa khemah sendiri. Malam-malam ada lampu di sekeliling campsite ni jadi memang selesa.

Lepas pasang khemah kami yang versi santai, kami makan roti dan lepas tu gi snorkeling di belah kanan (menghadap laut) pantai kami. Ada yang kena batu tajam dengan landak laut kat situ, jadi kalau korang nak pergi sila hati-hati ya. Kami takpa sebab kami ni set-set yang kental. Hoho.

Lepas habis snorkeling, kami naik semula ke khemah kami. Kami solat dulu dan lepas tu mula bergerak mendaki Batu Singa tapi aku, Mat Kri dan Pidot tak ikut serta. Dari gambar diorang yang panjat ni, aku tengok Batu Singa ni lawa macam kat luar negara. Petang tu aku dan Mat Kri rileks dekat buaian manakala Pidot main bola tampar dengan brader-brader dari utara. Dari tempat aku lepak aku dapat nampak bandar Kuala Teganu. Dekat ja rupanya.


Jumaat (malam)

Kami bbq ayam dan sosej dan masak megi yang kami bawak. Memang pergh beb. Lepastu kami lepak-lepak main kad. Dalam tengah malam gitu, masuk tidur. Nyamuk boleh tahan jadi kena pasang ubat nyamuk. Dalam pukul 3 pagi gitu, hujan turun renyai-renyai. Kami tidur dalam kebasahan dan kesejukan tapi kami survive. Kakaka.


Sabtu (pagi) 1 April 2017

Bangun dan sarapan pagi. Lepas tu, kami jalan-jalan sekeliling pulau. Tengok chalet-chalet dan tapak khemah yang lain. Pulau ni tak ada la besar sangat dan tak crowded sangat jadi sesuai untuk yang mencari tempat yang rileks untuk bersantai.

Kami balik semula ke tapak khemah. Sementara tunggu hari panas sikit untuk snorkeling, kami main bola tampar. Fehhh, memang syahdu bebz wa cakap lu. Masa main tu ramai lagi pengunjung yang sampai di pantai kami tu dan kebanyakannya hanya bawak beg kecil maknanya depa hanya buat day trip ke sini. Selalu aku dengar memang ramai yang buat camtu sebab saiz pulau ni yang kecil dan bernuansa rileks.

Hari ni memang cuaca sangat baik dan terang benderang. Lepas penat bola tampar kami turun snorkeling tapi kali ni sampai puas. Memang ramai orang snorkeling masa tu. Memang meriah. 


Sabtu (1.30 petang)

Kami naik ke tapak khemah. Mandi bilas air masin, dan berkemas untuk pulang. Kami selfie wefie dulu sepam dua pam tiga pam. Sekitar pukul 2 petang bot kami sampai. Kami naik bot. Brader bot berhentikan bot kat tengah laut sekejap sebab dia nak memancing. Dapat sekitar 8 ekor ikan merah kami sambung perjalanan. Tak lama kemudian kami sampai ke jeti.


Ayam yang diperap Acap.

Sedia untuk naik bot.

Lawanya macam kat luar negara.

Ni dipanggil selfie ular.

Ni Acap.

Ni dekat Batu Singa. 

Ni lah khemah kami. Power kan. 

Bbq time!!

Berjalan menikmati keindahan pantai di pagi hari. 

Wefie.

Belakang tong sampah biru tu tapak khemah kami. 

Lawa gila air laut.

Balikkk.

Sekian saja coretan pengalaman aku ke Pulau Kapas. Ianya satu pengalaman yang berbaloi. Terima kasih sebab sudi membaca. Adios.

2 ulasan:

  1. Very interesting! Now I have a clearer picture about that place. First time, saya nak gi sana tapi saya tak power tidur macam tu..lol. Thank you ya untuk share pengalaman.

    BalasPadam
  2. Very interesting! Now I have a clearer picture about that place. First time, saya nak gi sana tapi saya tak power tidur macam tu..lol. Thank you ya untuk share pengalaman.

    BalasPadam