11 April 2017

Laman Web Tempatan Berasaskan Sains


1. Root Of Science


Sebuah laman yang menerangkan tentang kejadian yang berlaku dalam hidup seharian dari sudut sains dengan penerangan yang mudah difahami dan ringkas. Ada banyak artikel menarik disusun mengikut bidang ilmu yang bersesuaian contohnya kejuruteraan, kesihatan, sains fizikal, pengkomputeran dan sains senibina. Penulisnya terdiri daripada penyelidik, pensyarah, pegawai kesihatan dan jurutera yang masing-masing mempunyai kelulusan universiti bertaraf doktor falsafah, sarjana dan sarjana muda.


2. The Malaysian Medical Gazette


Memetik di kolum About di laman ini, "Kami adalah hab atas talian untuk doktor, pakar dan health care professionals menyebarkan kesedaran dan pendidikan kesihatan kepada orang ramai dalam platform yang mudah dicapai dan boleh dipercayai." Banyak artikel dan kesemuanya ialah berkaitan dengan kesihatan dan penyakit. Penulisnya terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang seperti kesihatan awam, ortopedik, ENT (ears, nose and throat), perubatan dalaman, pembedahan, sains perubatan asas, farmasi, dan fisioterapi.


3. Majalah Sains


Memetik di lamannya, MajalahSains.com adalah satu wadah baru di alam siber untuk menyampaikan berita , rencana dan penemuan terbaru dunia sains dan teknologi untuk disesuaikan dengan masyarakat Malaysia. Pada masa ini, MajalahSains.com diuruskan oleh kumpulan sukarelawan yang aktif berkerjaya dalam bidang sains dan teknologi. Ada banyak kategori artikel antaranya alam semulajadi, astronomi dan kosmologi, kimia, matematik, fizik, sejarah dan falsafah, teknologi dan kejuruteraan dan lain-lain lagi.


4. Falak Online


Laman ini membawa kita menjelajah ke angkasa lepas, melihat bintang, planet dan alam semesta. Laman ini dikendalikan oleh Shahrin Ahmad, yang merupakan seorang ahli astronomi amatur, penceramah dan penyelidik teknologi dan perisian Astronomi. Memetik kolum portfolio laman ini, beliau memiliki sebuah Balai Cerap persendirian di rumahnya di Sri Damansara, yang dikenali sebagai ShahGazer Observatory.


5. Fiziklah!


Dari halaman Mengenai Kami di portal ini, "Fiziklah! merupakan hasil sembang-kencang dua orang sahabat lepasan jurusan fizik (Admin A dan Admin Z) dengan satu matlamat – menzahirkan fizik ke dalam kehidupan orang awam (tetapi dengan cara yang tidak menakutkan!). Kerana itulah dilema orang kita sejak azali; minat terhadap ilmu Sains dibunuh oleh pengenalan yang penuh dengan persamaan dan istilah-istilah yang terlalu teknikal untuk dicerna. Kami di Fiziklah!  berpendapat bahawa setiap fenomena yang dialami oleh kelima-lima deria kita setiap hari adalah berhubungkait dengan fizik."


6. Medical Mythbusters Malaysia


Sekali baca nama laman ini kita dah tahu ianya pasal apa, kecuali kau kurang layan siri mythbusters dari barat. Merujuk halaman profil portal Medical Mythbusters Malaysia (M3) ni, Medical Mythbusters Malaysia adalah sebuah gagasan yang dianggotai oleh anggota perubatan bertauliah, untuk menjawab mitos dan fitnah ke atas bidang ini. M3 bertujuan menangkis dan menjawab pelbagai fitnah dan mitos yang dilemparkan ke bidang perubatan khasnya di Malaysia. M3 juga menawarkan alternatif kepada orang awam dalam memberikan maklumat yang tepat dan benar dari mereka yang ahli dan bertauliah dalam bidang masing-masing.


7. Nota Sains


Blog ni masih baru tapi ada artikel-artikel yang menarik tentang sains. Ianya satu usaha yang bagus.


8. Medik TV


Memetik kolum Get to Know Us dari portal ini, MedikTV is a new integrated electronic media that features a variety of health programmes, awareness campaigns and current health issues relevant to the public. It is the official broadcaster of the Ministry of Health (MoH) and has exclusive rights to broadcast in all government hospitals and clinics nationwide. Maklumat dalam portal ni disampaikan dalam bentuk infografik yang mesra bacaan.


9. Jom Kenal Ubat
Akaun twitter yang berkongsi tentang ubat-ubatan dan mitos tentang ubat-ubatan.

10. Geng Farmasi Otai
Akaun twitter yang berkongsi tentang ubat-ubatan dan penyakit.

11. GeologistMY
Akaun twitter yang berkongsi tentang batuan dan yang seumpamanya yang disampaikan secara santai dan ringkas.

‏ 12. JuruteraMY
Akaun twitter yang berbincang tentang kejuruteraan dan yang seumpamanya  secara santai dan ringkas.

Kalau ada lagi laman web tempatan berasaskan perkongsian sains yang menarik yang tak ada dalam senarai ni, boleh syorkan di ruangan komen. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan